Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

pengikut yg sporting

Monday, October 12, 2009

bagaimanakah lelaki idaman wanita??



hye..
skrg nie aku tgh menganalisis bagaimana ciri2 lelaki idaman wanita..
huhuhuhuhu..
rasa2 nye mcm mn ekk?
aku ada terbaca satu artikel td..
kat sini aku nk bgtau la apa ciri2 lelaki idaman wanita di Malaysia nie..
hehehehehe..

aku pon tak pecaya sgt ngan artikel nie..
coz bg aku
"BIAR LELAKI TAK HENSEM YANG PENTING AYAT DIA POWER"...


aku berpegang ngan kata2 tue la..
perempuan ni sbnarnye hanya mau kan kash syg yg ikhlas dr lelaki.
so klu ko pndai ayat dapat la biarpon kau tue tak hensem...
kan kan..
hahahaha

k la..kat sini aku nk tnjuk ciri2 lelaki idaman perempuan k..
klu pecaya,korang ikut la..
k.

YAKIN DAN PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
Kebanyak wanita menyukai lelaki yang percaya pada diri sendiri. Ciri ini adalah sebagai bonus kepada lelaki, untuk itu kaum lelaki boleh mencuba dengan berdiri di hadapan cermin dan kata dengan penuh yakin:- saya adalah seorang yang terbaik atau paling tidak pun anda mengeluarkan kalimah-kalimah yang membuat anda tampil dengan penuh yakin.

HUMOR
wanita suka lelaki yang cukup sifat suka berjenaka. Jangan asyik terlalu serius kerana ia boleh menjadikan perhubangan hambar dan kaku. Lelaki terlalu serius ini adalah lelaki yang membosankan!!! Jika anda sememangnya tidak pandai bergurau, cuba ubah nya untuk masa besama sahabat, rakan dan teman istimewa. Luangkan masa dengan berkumpul dan berseronok di tepi pantai atau perkhemahan bersama kawan-kawan. Dengan cara ini, ia dapat melatih anda bergaul dengan dan mesra. Wanita suka kan lelaki yang boleh membuatkan hati nye terhibur dan gembira.

EGO
Wanita tidak suka lelaki yang ego. Oleh yang demikian, anda jangan merasa cemburu sekiranya kawan-kawan anda ramai teman wanita yang cantik. Cuba lihat dalam diri sebab yang menyebabkan anda tidak disenagi. Sebenarnya anda juga boleh mempunyai ramai teman dikalang wanita sekiranya pandai menghormati mereka. Selain itu, wanita juga suka lelaki yang berpengalama.



BERJAYA
Wanita tidak suka lelaki yang lemah. Wanita lebih suka sekiranya lelaki pilihannya sorang yang mempunyai identiti diri dan berjaya. Anda tidak semestinya terlalu kaya dan banyak wang, cukup dengan wang untuk menyaranya, memberi kesenangan yang secukupnya dan boleh berbelanja sekali-skala. Lelaki mesti berkarisma dan kaya dengan pengatuhan dan pangalaman. Wanita akan memilih lelaki yang boleh menjaganya dan memberikan kesenangan dirinya dan anak-anak.

BIJAK
Sesetengah orang ada menyatakan lelaki yang pandai adalah seorang yang seksi. Kenyataan ini ada betulnya. Anda boleh memakai cermin mata mengikut peredaran zaman dan pakaian yang `u to date’ agar kelihatan bijak.

ROMANTIK
Sesetengah lelaki amat sukar untuk mengucapkan kata sayang terhadap insan yang dicintai. Jangan berfikiran bahawa jika wanita itu sudah dimiliki tidak perlu lagi ungkapan sayang. Apabila berdua-duaan, ucaplah dengan kata-kata yang indah seperti `aku bergitu mencitaimu’ sambil menatap wajahnya dan memegang tangannya.


PERLINDUNGAN
Wanita tidak mengharapkan kesenangan yang melampau. Mereka akan bahagia dan tidak kisah dengan apa sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Wanita sanggup tempuhinya bersama. Tetapi jangan sesekali lelaki melakukan kekasaran kepada wanita yang dicintainya. Ini akan membuatkan wanita merasa cukup benci. Jika hidup dalam kesederhanaan tetapi menjadi pelindung yang baik, ia akan melahirkan perasaan sayang yang tidak berbelah bagi.

WANG
Dalam zaman yang serba canggih ini, segala-galanya memerlukan wang. Dan anak lahir hingga dibesarkan, segalanya memerlukan belanja yang banyak. Ini tidak termasuk kos makanan, rumah, bil-bil, sekolah, tol, dan banyak lagi. Ia terletak di bahu seorang ketua keluarga. Menjadi idaman wanita agar lelaki yang dipilih mampu menyediakan semuanya dan tidak perlu bersusah payah. Wanita sukakan lelaki yang boleh menyediakan segala keperluan tanpa perlu memeningkan kepala. Lelaki yang mampu menyara kehidupan keluarganya sehingga anaknya besar panjang dan kehendak isteri dipenuhi. Ia adalah satu keadaan yang patut ada dalam seseorang lelaki.

tu je la yg aku blh bg tips..
harap2 korang dpt aplikasikan klu2 korang nk cari awek..
ahakz~~
hahahaha

3 comments:

AiNiE said...

salam..
sy sebagai wanita amat la bersetuju dgn tips kat ats nie..

kalo nak jd jejaka-jejaka idaman malaya harus ikot..ehee...
weee...;)

datz syeil said...

hbt2 c anip mcr artikel ini...
bgs2...btl2 blaka smuanya

siggplus said...

pandai lu kopipes..plagiat tahu?haha